Wednesday, 2 May 2012

anugerah

biarpun kehidupan itu tidak dibalut dengan sampul yang cantik atau diikat dengan riben,
tapi ia tetap satu hadiah


satu pemberian


satu anugerah


dari Yang Maha Menyayangi

Tuesday, 17 April 2012

itu bezanya

awak selalu sokong saya ketika saya betul
tapi saya mencari yang selalu sokong saya walaupun saya salah

awak selalu telefon saya dan perkenalkan diri awak
tapi saya mencari yang tidak perlu perkenalkan diri ketika telefon saya

awak selalu mulakan perbualan dengan bercerita tentang diri awak
tapi saya mencari yang mulakan perbualan dengan berkata "apa cerita baru tentang awak?"

awak tak pernah nampak saya menangis sebab awak tak suka orang menangis
tapi saya mencari yang sudi jadi kan bahu mereka tempat saya mengelap air mata

awak tak suka saya kacau awak semasa awak tidur
tapi saya mencari yang berkata "kenapa lama sangat baru awak cari saya?"

awak selalu dengar ketika saya menceritakan masalah
tapi saya mencari yang boleh tolong saya menyelesaikan masalah

awak selalu datang rumah saya dan bersikap seperti tetamu
tapi saya mencari yang datang rumah saya buka peti ais dan self service

awak selalu fikir perhubungan ini akan berakhir bila kita bertelingkah
tapi saya mencari yang berfikiran apa erti sebuah perhubungan tanpa pertelingkahan

awak selalu mahukan saya ada disisi awak tak kira apa pun terjadi
tapi saya mencari yang selalu mahu berada disisi saya tak kira apa pun terjadi

indah

hidup ini tak selalunya indah,
tapi yang indah itu hidup dalam ingatan,
jangan penat melakarkan yang indah,
sebab ia akan jadi kenangan yang terindah.

Sunday, 8 April 2012

Contengan jalanan penulis Hlovate

hari hujan. mata terpandang buku-buku yang dah lama aku beli. beli guna voucher RM200 yang student dapat tu. dah lama beli tapi disebabkan aku ni student yang tertanggungjawabkan pada assignment and exam, aku lupa kan dulu niat nak membaca buku-buku tu.
tapi ni dah cuti semester. dan ternyata aku tak lah terikat dengan apa-apa tanggungjawab buat masa ni lah. maka banyaklah masa untuk aku mentelaah buku-buku tu semua. buku 1st aku smabar buku dari penulis Hlovate "Contengan Jalanan Fend & K-square"
aku tak lah berminat mulanya nak baca buku ni tapi aku dah termakan hasutan kawan baik aku Kak Madie. dia kata hasil penulisan Hlovate ni sangat best. banyak sebenarnya novel hasil penulisan Hlovate ni tp aku tertarik dengan yang satu ni. so, aku beli lah and baru nak mula baca.
helaian pertama aku baca novel ni aku dah terpaku. ternyata tak sia-sia aku beli novel ni. novel ini mengisahkan perjalanan dua orang remaja yang mencari erti hidup yang dah lama mereka lupa tanpa sedar. and untuk jiwa yang fragile macam aku ni memang senang untuk tersentuh. dan untuk kita yang terlupa apa tujuan kita hidup dalam dunia yang dipinjamkan Allah ni memang masuk sangat lah kalau baca novel ni.
ternyata Hlovate berjaya mengusik jiwa para pembacanya dengan hasil penulisan. ni lagi sorang stok-stok awesome dalam meluahkan seni penulisan.dan untuk korang memang sangat tidak rugi bace novel ni.

"the man who decided to change on the 12th hour dies on the 11th"


**aku mungkin terlambat baca novel ni tapi aku puas sebab dapat baca novel ni. thums up to Hlovate. nak keluar pegi kadai buku beli stok-stok penulisan Hlovate ^.^

Friday, 6 April 2012

Tuesday, 21 February 2012

bila 20 tiba

aku hitung hari
dan puff* hari itu tiba
18 februari aku dengan sah nya memegang umur 20 tahun
semakin meningkat usia kita
semakin hampir kita dengan ajal
aku sentiasa berpesan pada jasad dan jiwa aku
semoga hari-hari mendatang dan hari-hari meningkatnya angka umur aku
aku dapat mencapai apa yang aku impi kan
aku dapat menjadi kebanggan ibu dan abah
dan aku dapat menjadi seorang perempuan yang baik sahsiah dan akhlaknya

hari itu ibu dan abah ada urusan penting yang perlu diuruskan
jadi pagi itu aku sambut dengan adik adik kesayangan sahaja
lama aku tunggu tiba-tiba Dato'J muncul depan pintu
berderau darah kencang jantung
terkejut aku kerana Dato'J kata dia tidak dapat pulang
rupanya memang kejutan yang dia rancang
sangat manis
kami habiskan masa bersama
dan itu pun masih manis lagi

petang itu aku balik
ibu dan abah sudah ada dirumah
kucupan, pelukan ,ucapan dan doa aku disambut petang itu
malamnya kami habis kan masa bersama
ini super manis

malam itu aku capai laptop
aku buka mukabuku
dan aku ---
subhanaallah !

aku terpaku
serentak air mata aku jatuh berderai
ini penyebabnya

selamat hari lahir anakku
sori ibu terlambat ucap buatmu
bukan disengajakan
dek kerana mengejar waktu
sampai ibu terlepas mengucupmu
mudah mudahan meningkat usia juga meningkat akal mu
meniti hari hari seusiamu banyak lagi pancaroba mengikutmu
ketabahan kecekalan keimanan jangan kau tinggalkan walau seinci pun
ingatlah anakku
ibu selalu dibelakangmu
menjadi penyandar bila bila masa kau perlu
sayang selalu buatmu anakku

percayalah ini tidak aku ubah walau satu huruf pun
ini catatan seorang ibu ,ya !permaisuri jiwa beta
hingga menaip kembali catatan ini aku masih tersedu sedan
ini ucapan hari lahir aku yang terindah :')

terima kasih yang tak mampu dihitung
buat semua yang mengucap, mengingati, mengirim dan mendoakan
kalian sangat bermakna
untuk  saudara saudara, si dia, rakan rakan zaman persekolahan, rakan rakan UiTM, rakan rakan PLKN dan rakan rakan mukabuku

aku kirim doa kembali untuk kalian

**baru aku tau ibu punca aku suka mengarang dan berkata-kata ^.^

Thursday, 16 February 2012

pahlawan hati beta

keringat itu diperah
akal itu diasah
tulang itu dikerah
dia lelaki gagah
dia lelaki yang bergelar pahlawan
dia lelaki yang aku panggil abah

aku anak abah
kami anak abah
hadir kami disebabkan abah
makan kami disuap abah
pakai kami dibeli abah
duit belanja kami dari poket abah

nakal kami dimarah abah
pandai kami dipuji abah
jalan kami disuluh abah
gelap kami diterangi abah
hati kami dijaga abah

tangis kami dikesat abah
tawa kami disebabkan abah
susah kami ditanggung abah
masalah kami diselesaikan abah
jatuh kami diangkat abah

silap kami dibetul abah
bahaya kami ditentangi abah
hidup kami dilindungi abah
kejayaan kami didoakan abah

ini baru betul dipanggil pahlawan
sentiasa ada walaupun tidak dipanggil
sentiasa wujud tidak perlu kuasa sakti

hingga kini bila kami ditanya siapa pahlawan kami
tiada ragu dengan lantang kami jawab abah

abah, pahlawan hati beta

khas buat pahlawan hati beta,
En.Malek bin Harun